Sultan Selangor dukacita perbalahan netizen di medsos

  • 2 tahun lalu
Sultan Selangor dukacita perbalahan netizen di medsos

BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila membaca komen keterlaluan dalam kalangan netizen di media sosial dengan mengeluarkan ayat berunsur fitnah, cacian dan hasad dengki.

Sultan Sharafuddin bertitah, lebih mengecewakan apabila ayat cercaan dan penghinaan disokong netizen lain tanpa usul periksa.

Menurut baginda, perbuatan itu jika tidak dibendung dan ditangani dengan bijak dari masa ke masa dikhuatiri merosakkan pemikiran masyarakat khususnya generasi muda, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Artikel: https://bit.ly/3RMjNki

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa