Kerjasama Pertahanan | Malaysia-AS perkukuh, perjanjian baharu akhir tahun

  • 2 tahun lalu
Malaysia dan Amerika Syarikat mencapai kata sepakat untuk terus memperkukuhkan kerjasama pertahanan termasuk melalui Building Partner Capacity (BPC) Programme.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dalam perbualan telefon dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd J Austin pada Rabu, kedua-dua negara turut menyentuh mengenai usaha sama secara spesifik ke arah meningkatkan lagi keupayaan Tentera Udara Diraja Malaysia.