[TERKINI] Jangan bimbang amaran cuaca buruk dari AS - MetMalaysia

  • 2 tahun lalu
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihati orang awam agar tidak terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan di laman web rasmi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) kepada rakyat mereka di negara ini.

Menurut MetMalaysia, amaran yang dikeluarkan oleh Kedutaan AS itu adalah susulan fasa Monsun Timur Laut dijangka bermula pada pertengahan November 2022 hingga Mac 2023, namun orang ramai disarankan untuk bersiap sedia sewajarnya bagi menghadapi fasa cuaca tersebut.

MetMalaysia memaklumkan, pemantauan cuaca dilakukan secara berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora serta siklon tropika.

Disyorkan