Ahli perniagaan diculik di Ampang dipercayai kerana hutang

  • 2 years ago
Polis hari ini mengesahkan kejadian seorang individu dilarikan dengan kenderaan Vellfire berwarna putih di Jalan Pandan Indah, Ampang semalam, yang tular di media sosial.

Ketua Polis Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak menjelaskan mangsa yang dilarikan kenderaan Vellfire putih dalam video tersebut dipercayai berpunca daripada hutang.

Lelaki itu bagaimanapun dilepaskan di Klang beberapa jam kemudian dan hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya pada kira-kira jam 10.45 malam hari yang sama untuk membuat laporan

Category

🗞
News

Recommended