Ditegur parti sendiri sebab masuk masjid

  • 2 tahun lalu
Ditegur parti sendiri sebab masuk masjid

Merujuk kejadian dirinya memakai tudung ketika membuat lawatan di sebuah masjid tahun lepas, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh mengakui dirinya turut ditegur pimpinan DAP.

Menurut Hannah, ia disebabkan oleh rasa takut dan bimbang yang beliau akan menurut kemahuan penduduk Islam selain mungkin kebebasan mereka yang bukan beragama Islam terjejas.

Bagaimanapun, kata Hannah, ia satu 'ketakutan' yang tidak berasas kerana beliau mahu menghormati adat dan agama lain ketika memasuki rumah ibadah mereka.

Hannah berkata demikian dalam program Bersama Johan Jaaffar, pada Rabu.

Saksikan video penuh di:
YOUTUBE: https://www.youtube.com/watch?v=tC6eH-j9Nj4&t=1233s
FACEBOOK: https://www.facebook.com/sinarharian/videos/817835312694145

#BersamaJohanJaaffar #SinarHarian #HannahYeoh #DAP
#AhliParlimenSegambut #kuasawanita #pengundimuda #korupsi