Kes Ebit Lew | Fairuz dan Firdaus Wong tidak buat konspirasi

  • 2 tahun lalu
Saksi pendakwaan, Mohd Fairuz Abu, 37, menegaskan dia tidak bersetuju dengan cadangan soalan peguam bela, Ram Singh yang menyatakan dirinya serta Firdaus Wong membuat konspirasi.

Pakar motivasi itu turut tidak bersetuju bahawa sebarang hantaran media sosial berkaitan isu berkenaan serta pertemuan dengan pengadu (identiti tidak boleh didedahkan) di Bukit Aman pada 7 Ogos 2021 adalah bertujuan bagi merosakkan reputasi tertuduh.