Jiwa SME | Syarikat percetakan jadi tumpuan selepas viral

  • 2 tahun lalu
Bagi kebanyakan usahawan, platform online sudah jadi satu kemestian pada masa kini di samping platform 'offline'.

Ia bukan sekadar pelengkap kepada perniagaan alaf baru bahkan, secara umumnya 80 peratus daripada pelanggan adalah hasil promosi secara online atau digital.

Itu diakui Alwie Massere, 36, selaku pengurus Creative Works Empire Solution di Jalan Dagangan Dua, Bandar Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang yang gigih membina populariti a cetak melalui platform online sejak 2017.

Walaupun hanya bermula dengan perkhidmatan A mencetak kad kahwin namun, dengan bantuan platform online, perkhidmatan cetak diperluaskan kepada percetakan banner, bunting, kad perniagaan dan label produk.