Semangat Uniti | Medium mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia

  • 2 tahun lalu
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan budaya. Kepelbagaian ini sejak sekian lama telah menjadi kekuatan dan tunjang kepada perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kepelbagaian ini juga membuatkan Malaysia kaya dengan bahasa dan tutur kata. Bahasa Melayu sudah tentu merupakan bahasa rasmi, namun terdapat pelbagai bahasa lain yang digunakan dalam kehidupan seharian rakyat negara ini.