RMK-12 | Kerajaan komited basmi miskin tegar

  • 2 tahun lalu
Kerajaan masih komited untuk membasmi miskin tegar pada penghujung 2025, berdasarkan pelan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat bulan ini, sebanyak 130,709 ketua isi rumah (KIR) miskin tegar telah dikenal pasti di seluruh negara, dan bantuan melalui program perniagaan dan kewangan akan dilaksanakan secara berfasa.