Kes Dera | Pasangan suami isteri ditahan

  • 2 tahun lalu
Polis menahan pasangan suami isteri kerana disyaki mendera dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Jalan Cahaya 13, Taman Cahaya, Ampang, pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai seorang kanak-kanak lelaki disyaki mangsa dera cuba terjun dari bangunan empat tingkat untuk melarikan diri, pada 4.40 petang.