Lesen Tamat Tempoh | JPJ serbu syarikat pengendali e-hailing

AWANI

oleh AWANI

0 tontonan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyerbu sebuah syarikat pengendali e-hailing, In Driver di Bukit Bintang, ibu negara kerana beroperasi dengan lesen perniagaan pengantara tamat tempoh.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, serbuan dilakukan 7 September lalu melalui Ops e-Hailing berdasarkan maklumat Agensi Pengangkutan Awam Darat Malaysia (APAD).