Dementia | KKM dan KPWKM tubuh jawatankuasa untuk kaji penjagaan sosial komuniti

  • 2 tahun lalu
KKM akan menubuhkan satu jawatankuasa bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengkaji bagaimana penjagaan sosial di peringkat komuniti dapat ditingkatkan melalui tambahan peruntukan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu dilihat perlu bagi membantu keluarga yang tak mampu menggajikan seorang jururawat untuk bersama ahli keluarga yang menghidap dementia.

Disyorkan