Kebajikan Holistik | Tubuh Majlis Pembangunan Kanak-Kanak Khas

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti bakal menubuhkan satu Majlis Pembangunan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.

Menteri Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata penubuhan Majlis Pembangunan Kanak-Kanak Berkeperluan khas itu adalah untuk menjaga kebajikan dan menjalankan kerja-kerja advokasi dalam menyediakan keperluan untuk golongan tersebut.