Pelitup Muka | MPN sambut baik keputusan KKM

  • 2 tahun lalu
Keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup dianggap satu perkembangan yang baik.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, perkara tersebut juga pernah dibincangkan dalam mesyuarat MPN yang lepas walaupun ketika itu KKM belum memberikan sebarang keputusan.