Tragedi Kepala Air | Mangsa trauma, mahu segera pindah

  • 2 tahun lalu
Penduduk di Kampung Iboi ingin segera berpindah kerana tidak tahan lagi dengan kejadian kepala air dan banjir kilat yang sering berlaku.

Rata-rata penduduk yang tinggal di persisir Sungai Kupang trauma dan terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda selepas kejadian ketiga pada petang Selasa, mengakibatkan lumpur setinggi satu meter memasuki kediaman dan premis perniagaan.