MOF | Tiada keperluan bagi perkenal semula GST pada masa ini

  • 2 tahun lalu
Kerajaan masih belum di peringkat yang perlu untuk memperkenalkan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata ia disebabkan Momentum Pemulihan Ekonomi yang kukuh dengan pertumbuhan 6.9 peratus pada separuh pertama tahun ini selain disokong peningkatan permintaan dari dalam dan luar negara serta pemulihan pasaran buruh.