SRC International | Najib fail semakan, mohon hukuman ditangguh

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Najib Razak pada Selasa mengemukakan permohonan menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta terhadapnya dalam kes penyelewengan dana rm42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan notis usul itu melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, memohon kebenaran untuk membuat semakan terhadap keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu.