[TERKINI] GTA hantar permohonan daftar sebagai parti politik

  • 2 tahun lalu
Gerakan Tanah Air (GTA) menyerahkan permohonan pendaftaran sebagai gabungan parti politik kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kenyataan memaklumkan, kepimpinan tertinggi parti-parti gabungan gerakan itu telah bertemu dengan ROS untuk berbincang dan menyerahkan segala dokumen untuk proses pendaftaran.