Pencemaran Sungai | Penduduk dakwa hilang sumber makanan

  • 2 tahun lalu
Kira-kira 98 keluarga masyarakat Orang Asli suku kaum Mendriq dan Bateq yang tinggal dekat Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan mendakwa hilang sumber makanan serta pendapatan akibat pencemaran yang berlaku di Sungai Lebir.

Masalah dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan sehingga menyebabkan ikan di sungai itu semakin pupus sejak lima tahun kebelakangan ini.