Niaga AWANI: Lazada | LazMall jamin produk 100 peratus tulen

  • 2 tahun lalu
Menawarkan produk dijamin tulen dengan pemulangan semula dalam masa 15 hari, LazMall terus mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna kerana keyakinan mereka atas platform berkenaan.

LazMall yang merupakan salah satu platform e-dagang Lazada, kini mengetengahkan ribuan pilihan jenama utama negara dan antarabangsa.

Namun, apakah manfaat buat pengguna dan peniaga mahupun jenama dengan menggunakan Lazmall ini?

Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Hafizi Rosli.