CUEPACS | Jabatan kerajaan digesa jelas caruman kakitangan lebih RM32 juta

  • 2 tahun lalu
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan, terdapat sebuah jabatan kerajaan masih belum menjelaskan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi tahun 2013 sehingga 2020 berjumlah lebih RM32 juta.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Adnan Mat menggesa jabatan kerajaan itu segera melunaskan tunggakan tersebut untuk mengelak kakitangan kontrak dan sementara terjejas dan tidak menerima perlindungan keselamatan sosial khasnya di bawah Skim Keilatan.