Jenayah | Dua warga asing ditahan miliki senapang guli

  • 2 tahun lalu
Dua warga asing ditahan kerana memiliki selaras senapang guli buatan sendiri dalam satu serbuan di sebuah rumah di ladang Binuang Benta Wawasan, Kalabakan pada Sabtu.

Kedua-dua suspek lelaki itu masing-masing berumur lingkungan 30-an ditahan sepasukan polis dari balai polis Kalabakan dengan bantuan anggota keselamatan Benta Wawasan Sendirian Berhad kira-kira jam 2 petang.