Automotif | Pendaftaran kenderaan Perodua meningkat 42%

  • 2 tahun lalu
Pendaftaran kenderaan Perodua meningkat sebanyak 42 peratus, daripada 18,346 unit pada Julai kepada 26,39 unit pada Ogos, disebabkan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, Perodua juga mencapai tahap pengeluaran terbaik tahun ini iaitu sebanyak 2,836 unit dan jumlah ini membolehkan pihaknya meningkatkan pendaftaran model-model syarikat itu.