PRU15 | UMNO Gerik hanya mahu calon tempatan

  • 2 tahun lalu
UMNO bahagian Gerik hanya mencalonkan anak tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Seramai 15 nama telah dihantar kepada Badan Perhubungan UMNO Perak untuk dipertimbangkan sebagai calon Parlimen Gerik, DUN Temengor dan DUN Pengkalan Hulu.