Bahaya Kebakaran | Kebanyakan kediaman di Sarawak tiada pemadam api

  • 2 tahun lalu
Umpama bom jangka dan boleh membunuh bila-bila masa. Itu kesimpulan terhadap kebanyakan kediaman di seluruh negeri Sarawak ketika ini yang terdedah kepada bahaya kebakaran.

Kebanyakan rumah di negeri ini bukan sahaja usang dan tanpa pendawaian yang sempurna, malah tidak dilengkapi dengan sistem keselamatan asas termasuk alat pemadam api dan sistem penggera kecemasan.