Rapid Rail | Kenal pasti penambahbaikan segera, elak stesen sesak

  • 2 tahun lalu
Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) telah mengenal pasti penambahbaikan segera yang perlu diambil bagi mengelak kesesakan teruk di stesen-stesen pertukaran utama pada masa hadapan.

Rapid Rail dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, antaranya menambah bilangan pegawai stesen serta polis bantuan untuk mengawal kesesakan terutama ketika waktu puncak, mesin jualan tiket yang dapat menerima wang kertas serta duit syiling dan meningkatkan jumlah duta rel bagi membantu pengguna di stesen.