Hari Kebangsaan 2022 | Pelajar hargai perpaduan pelbagai etnik

  • 2 tahun lalu
Tidak hanya mengibarkan bendera Jalur Gemilang, pelajar Sekolah Kebangsaan Kidurong Dua di Bintulu berbangga menggayakan busana pelbagai etnik sempena Hari Kebangsaan.

Lebih seribu pelajar dan para guru memeriahkan program Citrawarna Merdeka dengan pelbagai aktiviti bertemakan bahasa dan budaya majmuk rakyat Malaysia.

Bagi para pelajar, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini membawa erti yang cukup istimewa selepas dua tahun ditangguhkan akibat pandemik COVID-19.