Inflasi Meningkat | Kadar Jun ke Julai turun, bukti keberkesanan - Annuar Musa

  • 2 tahun lalu
Bagi melihat keberkesanan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, rakyat perlu melihat perbandingan kadar inflasi bulan Jun ke Julai tahun ini, bukan dari Julai tahun lepas ke Julai 2022.

Itu kata Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa yang menjelaskan, kadar inflasi yang meningkat 4.4 peratus membandingkan perbezaan antara bulan Julai 2021 dan Julai 2022 yang turut meningkat di banyak negara lain.