Tipu Milik Tanah | Empat ‘Datuk’ antara lapan ditahan

  • 2 tahun lalu
Empat individu bergelar datuk antara lapan lelaki ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan kes penipuan pindah milik tanah, milik sebuah agensi badan berkanun bernilai lebih 100 juta ringgit di Kluang, 28 tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seorang daripada mereka ditahan di Johor, manakala tujuh lagi ditahan di Kuala Lumpur dan Selangor semasa mereka hadir memberi keterangan.