Kes SRC | Tunggu peguam utama Najib balas hujah pendakwaan

  • 2 tahun lalu
Rayuan akhir mengetepikan sabitan dan hukuman tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, yang bersambung hari ini hanya menunggu sama ada peguam utama Datuk Seri Najib Razak akan membalas hujahan pendakwaan atau sebaliknya.

Pada prosiding Jumaat lalu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mengetuai pembelaan bekas Perdana Menteri itu tetap memutuskan untuk tidak mengemukakan hujahan dalam rayuan akhir anak guamnya.