Ekonomi Karbon | JHS akan keluarkan lesen karbon hutan

  • 2 tahun lalu
Jabatan Hutan Sarawak (JHS) akan mengeluarkan lesen karbon hutan sebagai langkah awal kepada aktiviti perdagangan karbon di negeri itu.

Pengarahnya Datu Hamden Mohammad berkata ia sebagai usaha mengukuhkan peranan hutan di Sarawak khususnya dalam proses penyimpanan karbon sebagai sumber ekonomi baharu.

Antara kawasan telah dikenal pasti termasuk Hutan Simpan Kekal (PFE) dan hutan paya bakau untuk dikomersialkan di pasaran global.