Mohon Tangguh Rayuan | Hisyam tegas undur diri dari mewakili Najib jika ditolak

  • 2 tahun lalu
Mahkamah sambung semula selepas berehat mendengar prosiding rayuan akhir kes SRC International Sdn Bhd.

Ketua Pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak, Hisyam Teh Poh Teik sekali lagi mencuba untuk memohon panel lima hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat untuk menangguhkan rayuan akhir melibatkan bekas Perdana Menteri itu.

Di awal prosiding, Hisyam memohon agar panel memberi lebih masa kepada pembelaan, dan jika permintaan itu tidak dipenuhi, beliau tiada jalan lain selain memohon untuk mengecualikan diri daripada pembelaan.