Rasuah | Anggota JPJ didakwa terima RM27,600 lindungi syarikat lori

  • 2 tahun lalu
Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor didakwa atas empat pertuduhan menerima rasuah bagi melindungi syarikat pengangkutan lori daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Bagaimanapun tertuduh berusia 40 tahun itu, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.