Komoditi | MPOB: Stok minyak sawit mentah meningkat 2.79%

  • 2 tahun lalu
Stok minyak sawit mentah meningkat 2.79 peratus kepada 905,946 tan metrik pada Julai 2022 daripada 881,315 tan metrik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), inventori minyak sawit diproses naik 13.39 peratus bulan ke bulan kepada 866,848 daripada 764,516 tan metrik.