MINDEF | Tiada apa yang disembunyikan - Hishammuddin

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pertahanan (MINDEF) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau dan MINDEF akan lakukan apa sahaja bagi memastikan ia dapat diselesaikan, serta memberikan kerjasama penuh kepada semua badan berkuasa yang melakukan siasatan.