Kemalangan | Lima nyaris maut kereta terjunam 30 meter ke dalam gaung

  • 2 tahun lalu
Lima sekawan nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter di Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang dalam kejadian jam 3 petang Isnin.

Kesemua mangsa berusia 20 dan 21 tahun yang menaiki kenderaan jenis Proton Saga BLM itu bagaimanapun, mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.

Disyorkan