Pertandingan | KPLB sedang menilai potensi 'Kampung Sejahtera'

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mengenal pasti kampung-kampung di seluruh negara yang memenuhi kriteria untuk layak dipanggil sebagai ‘Kampung Sejahtera’.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, antara kriterianya termasuk memiliki infrastruktur yang lengkap, aktiviti ekonomi berimpak tinggi, modal insan berdaya maju dan tahap kesihatan komuniti yang baik.