Krisis Makanan | Kapal bawa bijirin dari Ukraine jalani pemeriksaan

  • 2 tahun lalu
Sepasukan pegawai Rusia dan Ukraine di Turkiye dijadualkan memeriksa penghantaran pertama eksport bijirin dari Ukraine sejak pencerobohan Moscow.

Kapal Razoni tiba di pinggir selat Bosphorus di utara Istanbul pada Selasa sehari selepas meninggalkan pelabuhan Odessa dengan membawa 26,000 tan jagung ke Lubnan melalui koridor perairan Laut Hitam yang disekat Rusia.