Nahas Pesawat Ringan | CAAM siasat punca nahas pesawat Piper 28

  • 2 tahun lalu
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) akan menjalankan siasatan berhubung nahas pesawat ringan yang berlaku di Jalan Dr Nazrin Shah, Ipoh, jam 8.10 malam, pada Isnin.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata mangsa maut merupakan juruterbang kepada pesawat jenis Piper PA 28 manakala seorang lagi pembantu juruterbang yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tindakan lanjut.