Jangan termakan janji manis PH

  • 2 tahun lalu
Jangan termakan janji manis PH

BERITA SEMASA 20 SEPTEMBER 2022

Pas Pulau Pinang menyeru rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam agar membuka mata untuk melihat wajah sebenar dalang yang berselindung di sebalik 'topeng' Pakatan Harapan.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, rakyat harus mengambil iktibar tempoh 22 bulan pemerintahan PH sebelum ini yang menyaksikan negara berada dalam pelbagai masalah.

Antara isu berlaku termasuk permasalahan perkauman, perlembagaan negara, agama Islam serta institusi raja.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #Pas #PH #SinarHarian