Masjid Abdul Rahman Auf di Ipoh guna jam matahari

  • 2 tahun lalu
Masjid Abdul Rahman Auf di Ipoh guna jam matahari

BERITA SEMASA 31 OGOS 2022

Masjid Abdul Rahman Auf, Taman Rapat Koperasi, di Ipoh, Perak mencipta sejarah apabila menjadi masjid pertama di Malaysia memperkenalkan jam matahari pelbagai fungsi iaitu Rukhamah bagi menentukan waktu solat, jam dan arah kiblat, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Yang Dipertua Persatuan Peminat Ilmu Falak Islam Perak, Mahruzaman Misran berkata, penggunaan Rukhamah tersebut membolehkan pihak masjid mendapatkan bacaan waktu yang tepat selain tidak terlalu bergantung kepada jam analog.

Menurutnya, model jam matahari tersebut dibangunkan oleh Persatuan Falak Syar'i Malaysia bersama-sama Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang turut mendapat pujian di peringkat antarabangsa.

Artikel: https://bit.ly/3KA6Zf1

Muzik: Elevate dari Bensound

#SinarHarian #BeritaSemasa

Disyorkan