Wanita OKU hilang sejak bulan lepas

Sinar Harian

oleh Sinar Harian

1 083 tontonan
Wanita OKU hilang sejak bulan lepas

BERITA SEMASA 18 OGOS 2022

Mona Liza Lani yang merupakan orang kurang upaya masalah pembelajaran dilaporkan hilang hampir sebulan dari rumahnya di Kampung Juasseh Hilir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
.
Menurut abang sulongnya, Azizan Lani, dia sudah mencari adiknya di sekitar kawasan rumah dan kampung, namun adiknya itu gagal ditemui.

Difahamkan, kali terakhir mereka bertemu adalah pada 22 Julai dan difahamkan pakaian terakhir adiknya adalah memakai baju-t berwarna hitam, bertudung hitam dan membawa payung berwarna putih.

Artikel: https://bit.ly/3Pyc8VQ

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa