Setiausaha Pendidikan UK mohon maaf ketidakadilan penilaian pelajar

  • 2 tahun lalu
Setiausaha Pendidikan Britain, Gavin Williamson memohon maaf selepas membatalkan dasar penilaian peperiksaan yang membuatkan ribuan pelajar lepasan sekolah berusia 18 tahun berkemungkinan gagal mendapat tempat di univerisiti.

Permohonan maaf itu menyusul selepas kritikan dan tunjuk perasaan setelah keputusan menggunakan algoritma dianggap tidak adil kerana didakwa menurunkan keputusan pelajar daripada latar belakang yang kurang bernasib baik.