Jenayah | Penganggur ditahan disyaki penggal kepala ibu

  • 2 tahun lalu
Polis menahan seorang penganggur selepas disyaki memenggal kepala ibunya di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, dekat Kuala Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata pihaknya menerima maklumat mengenai seorang wanita berusia 56 tahun dicederakan anak lelakinya berusia 28 tahun pada jam 5.45 petang.