Politik Kelantan | UMNO negeri putus hubungan dengan PAS

  • 2 tahun lalu
UMNO Kelantan tidak akan bekerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) berkuat kuasa serta merta dan akan bergerak secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob memaklumkan, piagam MN yang dibentuk antara Pas dan UMNO peringkat negeri terbubar.

Ia susulan keputusan yang Pas tetap bersama Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai Bersatu.