Integrasi Sistem | Indonesia tarik balik pembekuan pekerja mulai 1 Ogos

  • 2 tahun lalu
Indonesia akan menarik balik pembekuan pekerjanya ke Malaysia bermula 1 Ogos selepas kedua-dua negara bersetuju untuk mengintegrasi sistem pengambilan pekerja antara Jabatan Imigresen Malaysia dan Kedutaan Besar Republik Indonesia.

Menurut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan dalam satu kenyataan, persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat kumpulan kerja bersama antara Malaysia dan Indonesia yang selesai bersidang pada Rabu.