Pelaburan | InvestKL tarik RM1.68 bilion separuh pertama tahun ini

  • 2 tahun lalu
InvestKL telah menarik pelaburan bernilai RM1.68 bilion pada separuh pertama 2022 dengan mewujudkan 1,919 peluang pekerjaan eksekutif berkemahiran tinggi.

Menurut agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu, pelaburan tersebut meliputi penubuhan enam Syarikat Multinasional (MNC) terkemuka dari Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.