Teknologi Penghasilan Cip | Sarawak jalin kerjasama dengan syarikat Belgium

  • 2 tahun lalu
Industri teknologi penghasilan cip di Sarawak akan ditingkatkan dengan kerjasama pemain industri dalam reka bentuk litar bersepadu (IC) di peringkat global.

Kerajaan Sarawak telah memeterai Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama syarikat pembekal penyelesaian semikonduktor mikro-elektronik dunia, Melexis Technology berpusat di tessenderlo, Belgium pada Selasa.

Mou yang ditandatangani antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) itu disaksikan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang tiba di Belgium untuk lawatan kerja selama seminggu di Eropah termasuk United Kingdom (UK).

Disyorkan