Dewan Rakyat | Anwar nafi dakwaan arah MP kerajaan lompat parti pada 2008

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau mengarahkan Ahli Parlimen kerajaan bertukar parti pada 2008 bagi membentuk kerajaan ketika itu.

Menurut Ketua Pembangkang itu, sebaliknya beberapa Ahli Parlimen berkenaan didakwa menghubungi beliau untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi memimpin kerajaan sebagai Perdana Menteri, dan Barisan Nasional menang 140 kerusi pada Pilihan Raya Umum 2008.

Anwar menjawab celahan Datuk Seri Azizah Mohd Dun yang mahu mengetahui kebenaran berhubung dakwaan tersebut.