Mahkamah | Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dengan dua sebatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong selepas didapati bersalah merogol pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menjatuhkan hukuman itu pada Rabu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Category

😹
Fun

Disyorkan